Islam,Iman dan Ehsan

Daripada Saiyidina ‘Umar juga, r.a. beliau berkata:
Ketika kami sedang duduk di sisi Rasulullah SAW pada suatu hari, tiba-tiba muncul di hadapan kami seorang lelaki yang memakai pakaian yang sangat putih, berambut sangat hitam, yang tidak ternampak pada dirinya kesan-kesan tanda musafir dan tidak seorangpun di kalangan kami yang mengenalinya. Lalu dia duduk menghampiri Nabi SAW lalu disandarkan kedua-dua lututnya ke lutut Baginda dan meletakkan dua tapak tangannya atas dua paha Baginda seraya berkata: Wahai Muhammad! Terangkan kepadaku tentang lslam. Lalu Rasulullah SAW bersabda: lslam itu bahawa engkau naik saksi bahawa tiada Tuhan melainkan Allah dan bahawa Muhammad itu utusan Allah, (dan bahawa) engkau mendirikan sembahyang, mengeluarkan zakat, berpuasa di bulan Ramadhan, menunaikan haji ke BaitulLah (Mekah) sekiranya engkau berkuasa mengerjakannya. Lelaki tersebut berkata: Benarlah engkau. Maka kamipun merasa hairan kepadanya, dia yang bertanya dia pula yang membenarkannya.
Dia bertanya: Terangkan kepadaku tentang lman. Baginda bersabda: Read more of this post

Tips #1

Tips mudah bangun subuh:

  • Ikhlaskan Niat.
  • Tanam tekad yang jitu.
  • Bertaubat.
  • Memperbanyakkan doa.
  • Mewujudkan komuniti yang boleh bersama-sama bangun awal dan solat subuh.
  • Latih diri untuk tidur mengikut sunnah.
  • Elakkan makan lewat malam.
  • Kunci jam loceng atau penggera waktu di telefon bimbit anda.

Insya-Allah,Kita bersama berusaha meningkatkan mutu amal ibadat kita.. Usaha,ilmu,amal

Sumber : http://www.kamp0ngboys.blogspot.com

Mengenali Ahli Sunnah wa Jamaah


Istilah atau kalimah Ahli Sunnah wal-Jamaah sememangnya sudah tidak asing lagi kepada masyarakat Islam Nusantara.  Namun, apabila membincangkan perihal Ahli Sunnah wal-Jamaah terlalu sedikit yang mengetahui pengertian kalimah ini.  Oleh itu, perlulah terlebih dahulu difahami pengertiannya Read more of this post

Tanda Cinta

Sahl bin Abdullah berkata “Tanda cintakan Allah adalah cintakan Al-Quran, tanda cintakan Al-Quran adalah cinta Rasulullah, tanda cintakan Rasulullah adalah cintakan sunnah, tanda cintakan sunnah adalah cintakan akhirat, tanda cintakan akhirat ialah tidak mencintai diri sendiri, tanda tidak mencintai adalah membenci dunia, tanda membenci dunia adalah mengambil daripada dunia sekadar yang mencukupi untuk sara hidup.” Read more of this post

Santapan rohani

Sudah berapa hari, berapa minggu dan berapa bulan agaknya kita tidak menghadiri majlis ilmu atau majlis zikrullah? persoalan begini elok kita tanyakan pada diri kita sendiri terutamanya pada waktu awal pagi.  Bersyukurlah ke hadrat Illahi andai kita dapat terus beristiqomah untuk menghadiri dan mencintai majlis-majlis ilmu yang digambarkan oleh Rasulullah s.a.w sebagai taman-taman syurga. Walaupun begitu,bagaimana pula dengan anak dan isteri kita? Adakah mereka turut beristiqomah mencintai majlis-majlis yang turut dihadiri oleh para malaikat itu? Read more of this post